Polemik Hudud Dan RUU355, manifestasi golongan ghulul.

Dah lama saya tak upload apa-apa status di laman mukabuku ni. Tujuan penulisan saya pada kali ini adalah untuk cuba mentanzihkan sudut pandangan awam antara kita yg saling berbalah mengenai isu RUU355 yang akan cuba dibentangkan oleh Yg Berhormat Marang, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Parlimen nanti.

Telah berlaku percanggahan pendapat mengenai perlaksanaan RUU355 dikalangan para ilmuan terkemuka negara. Namun percanggahan ini tidaklah dilihat sebagai sesuatu yg membimbangkan kerana ia lebih kepada teguran membina dikalangan ilmuan dalam melaksanakan undang-2 syariah di Malaysia. Akan tetapi, penglibatan orang-orang awam dalam membahaskan isu ini khususnya golongan muda berdarah panas menghangatkan lagi suasana sehingga banyak berlaku perbalahan dan menyebabkan kekeliruan.

Berdasarkan pengamatan saya yang tak seberapa ini, perbincangan dibahaskan oleh 4 kelompok masyarakat;

Kelompok pertama ialah golongan yang menganggap RUU355 bukanlah sesuatu perlaksanaan yg wajib disokong. Justeru itu, mereka tidak menolak dan juga tidak menyatakan persetujuaan.

Manakala, kelompok yg kedua ialah golongan yang menganggap pemantapan bidangkuasa mahkamah syariah sewajarnya disokong. Hal ini kerana sudut pandangan mereka bahawa penerimaan RUU355 di parlimen akan membuka ruang untuk melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia.

Kelompok ketiga ialah golongan awam fanatik perlaksanaan syariah. Mereka terlalu keras dalam mengingini perlaksanaan syariah dijalankan tanpa melihat struktur perlaksanaan undang-undang tersebut. Walaupun lafaz mereka bukanlah secara hakiki namun dari sudut makna dapat difahami, contohnya, "Kata nak memartabatkan Islam nak tolong Agama Allah, tapi RUU355 taknak sokong." Hal ini seolah-olah ingin mengatakan bahawa RUU355 adalah hukuman Allah. Ada juga yang berbaur takfir (mengkafirkan) golongan yang tidak menyokong RUU355.

Justeru itu, lahirlah golongan yang keempat yang keras menolak RUU355 seterusnya melabelkan parti politik sana membudayakan amalan kafir mengkafirkan dan sesat menyesatkan. Perpecahan. Ditambahkan lagi dengan golongan yang sengaja ingin membangkitkan api kemarahan. Golongan yg memasukkan jarum halus bagi menghangatkan lagi persengketaan ini.

Hai golongan awam. Persengketaan dgn kejahilan yg kita debatkan bukanlah persaingan yg mendatangkan manfaat. Perselisihan di antara para 'alim terhenti sekadar itu, namun fitnah dikalangan awam terus berleluasa tanpa sekatan. Pernahkah kalian tahu, perselisihan awam yg berlaku apabila Khalifah Uthman tidak melaksanakan Qasar ketika solat di Mekah di zaman pemerintahannya sama sekali tidak menjadi perdebatan dlm kalangan sahabat r.hum. Namun fitnah ini saling berleluasa dikalangan awam yg digerakkan oleh golongan munafik sehingga menjadi salah satu asbab penentangan terhadapnya dgn alasan Uthman melakukan bid'ah.

Tuan2, saya terangkan serba sedikit mengenai hudud.

Hudud ini dibahagikan kepada dua, Hududullah dan Hududul-Insan.

Ringkasan bagi Hududullah adalah hukuman had yang ditetapkan oleh Allah ke atas mereka yang melampaui batas-batas Allah. Merangkumi hukuman Sebat, Membuang Anggota, dan Bunuh. Padanya jenayah, Zina (bagi yang belum berkahwin), Qazaf, Minum Arak adalah hukuman sebat berdasarkan kadar setiapnya. Manakala, bagi jenayah Mencuri adalah membuang anggota yakni memotong tangan. Seterusnya, jenayah Zina (Bagi yang berkahwin), Menyamun dan Merompak, Memberontak (Bughah), Murtad adalah bunuh.

Namun syarat pensabitan hukuman terhadap pesalah terlalu ketat. Hakim diwajibkan berusaha untuk mencari jalan agar penjenayah dilepaskan daripada dikenakan had. Hal ini menunjukkan hukuman Islam lebih kepada mendidik dan melaksanakan sesuatu had terhadap pesalah memerlukan ketelitian yang mendalam.

Seterusnya Hudud Ul-Insan, iaitu hukuman yang melibatkan jenayah-jenayah hudud, namun pengstrukturan hukuman terhadap penjenayah diselewengkan. Ia sering dikatakan hudud versi yahudi kerana bangsa yahudi merupakan bangsa yang pertama mengubah-ubah hukuman Allah mengikut citarasa mereka lalu mempromosikan hukuman tersebut dengan mengatakan ianya dari Allah.

Justeru itu, tidak menjadi kesalahan sekiranya ada yg mengatakan Malaysia sudah melaksanakan hudud kerana setiap jenayah-jenayah had memiliki hukumannya sendiri namun struktur hukuman itu tidak bertepatan dengan syarak, —tetapi ia tetap menjadi sesuatu kesalahan di sisi Allah walaupun istilah hudud itu digunapakai—. Hal inilah yang terjadi terhadap mereka yg terlalu fanatik terhadap perlaksaan RUU355. Kita tidak menyalahkan sokongan mereka, tetapi kita menyalahkan gaya mereka berfikir dgn memanifestasikan ia seolah-olah hukum Allah lalu menghentam golongan yg tidak bersama mereka.

Kesimpulannya, penaiktarafan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Akta 355) bukanlah menjadi suatu kesalahan. Bahkan sewajarnya disokong demi mengorak langkah memartabatkan institusi perundangan Islam di dalam negara. Namun, bukan juga menjadi satu kesalahan bagi yang tidak menerimanya.

Lihatlah perpecahan yang berlaku kini melibatkan komponen2 besar di dalam negara. Di sana, terdapat perbalahan menurut sentimen kepartian Merah dan Kuning. Lalu ada yang membiarkan mereka bertekak. Bahkan ada yang memperlekehkan mereka. Sdgkn amanah Rasul adalah untuk mendamaikan dua pihak muslimin yang bertelagah.

Manakala di sini, perselisihan antara Ahli-ahli agama yg harmoni namun ditambah api dari golongan-golongan Ghulul (fanatik) menghuru-harakan suasana keharmonian Islam. Terimalah perbezaan pandangan. Kembalilah bersatu. Walau berlainan pendirian politik, bersatulah. Demi kemaslahatan Ummah.

Yg Dhaif,
—Muhammad EpulIzhan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...