Turki

Teori atau Ilusi petanda kemunculan 'nya' semakin hampir. Saya hanya mahu sampaikan ringkasan kronologi kemunculan 'nya' bermula dari penaklukan konstantinople agar tiada pembaca yg merasakan bosan untuk terus membaca penulisan ini.

Pernahkah kalian mendengar hadith fitan (fitnah-fitnah akhir zaman) mengenai penaklukan konstantinople. Unik di dalam hadis ini (riwayat Imam Muslim) tentera di bawah panji Islam tidak memerangi musuh (yg berada di dalam konstantinople) dengan senjata.

Kita sedia maklum, penaklukan konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan salah satu daripada siri-siri perperangan percubaan menakluk konstantinople.

Namun, terdapat hadis-hadis fitan yang mengisyaratkan bahawa konstantinople bakal ditakluk semula. Dan umat Islam akan berusaha untuk merampasnya kembali. Hanya disabdakan bahawa tentera dari kalangan bani Ishak sahaja yang berjaya mendapatkannya. Seiring penaklukan kedua ini, maka muncullah 'dia'. Al-Masih Ad-Dajjal.

Bagi yg menginginkan sumber bacaan lebih agar dapat menghayati apa yang saya cuba sampaikan. Sila kunjungi ; 
https://almanhaj.or.id/709-52-53-penaklukan-konstantinopel-munculnya-al-qahthani.html

Cuba kalian fikirkan. Turki? Penggulingan kuasa? Turki? Istanbul? Konstantinople?

Bagi yang masih belum mengerti, sila ikuti perkembangan Turki kini.

dan bagi masih mengatakan "teruskanlah hidup." Saksikan nanti. Kemunculan siri-siri fitan yang digambarkan Nabi saw. Wallahu'alam.

p/s : penulisan ini hanya ringkasan daripada pembacaan penulis kepada masyarakat yang kurg gemar membaca. Bagi yang dahagakan dalil dan perincian, sila rujuk link yang penulis berikan.

—EpulIzhan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...