Tolong kami kurang ilmu

Seringkali aku mendengar kata-II mereka ;

"Sekiranya kau berilmu lebih sedikit, pastinya kau akan dapati sebahagian dari kata-II si fulan-II itu tidak benar dan menjerumus kepada kesesatan."

Maafkan aku, aku kurg ilmu. Maka, tunjukkanlah kesesatan dari lafaznya sekiranya kamu berada di pihak yg benar. Dan tunjukkanlah kebenaran kata-IImu seandainya kamu benar-II org yg memiliki ilmu.

Sekiranya tiada, tunjukkan padaku mereka yg dikurniakan Allah karamah ilmuNya yg begitu luas sehingga mampu mengkafirkan hamba-IINya yg kalian temui. Yg mana mereka juga memiliki kefahaman mengenai ilmu Allah di mana kalian tidak fahami.

Maaf aku tidak memiliki ilmu untuk menilai kekafiran dan kemurtadan seseorg. Aku hanya pelajar. Aku mempelajari solatku atas taklid [Mengikut tanpa pengetahuan] tunjuk ajar ayah dan guru-IIku. Kini aku ber-ittiba' [Mengikut dgn pengetahuan] dalam ibadahku dengan mazhabnya Imam Assyafie dalam ijtihad [Pandangan dan pemahaman] beliau terhadap Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Aku hanya cuba mengikuti sikap beliau dalam berkompromi terhadap perbezaan-II pandangan dari mana-II Fuqaha [Ulama Fiqh]. Maka aku tidak mampu menuduh mereka itu sesat mereka itu kafir mereka itu murtad selagi mana kekafiran dan kemurtadan mereka itu tidak terzahir dgn lafaz kufur dan tidak terlihat dgn amalan yg bercanggah.

Maka, tunjukilah aku segala bukti kalian sekiranya kalian berada pada jalan yg benar.

Agama murni ini tidak perlu dicemarkan dengan makian cacian tomahan umpatan carutan dan segala lafaz-II penghinaan dari kalian. Aku org awam, istilah yg kalian gunakan kebanyakan aku tidak faham. Maka jelaskanlah kepadaku dan kepada rakan-II yg bersmaku.

Kebanyakan kami sesat dengan fana'nya dunia. Adakah itu lebih kalian muliakan dgn hanya fokus masalah kafir-mengkafirkan dek kerana berlainan tatacara fiqh ibadah dan muamalah?

Tolong. Kami kurg ilmu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...