Taubat jangan dilengahkn istighfar menjadi penasihat

Seseorg telah bertanya kepada Hassan Al-Basri ;
"Wahai Abu Said, (Quniyah bagi Hassan)
Seorang lelaki melakukan dosa,
Kemudian dia bertaubat,
Kemudian dia melakukan dosanya lagi,
Kemudian bertaubat,
Kemudian melakukan dosa lagi,
Kemudian bertaubat,
Lalu dia mati."

Jawab Hassan Al-Basri;
"Tiadalah berlaku perkara ini melainkan kepada seorang yang beriman."

[Al-Hilyah vol.2 page.315]

Melakukan dosa bukanlah kejayaan bagi syaitan secara hakiki. Namun, kejayaan syaitan adalah apabila seseorg itu hilg harapan dan putus asa dengan Allah SWT. Bkn bermakna kita perlu bermain2 dengan taubat. Namun, setiap insan itu tidak terlepas dari dosa. Malah sekiranya kita merasakan diri ini tidak melakukan kesalahan sekalipun, tetap perlu ke atas kita istighfar setiap masa. Allah sediakan kesalahan dan perlakuan dosa kepada hambanya agar mereka kembali bertaubat dan bergantung harap kepadanya. Hanya kecelakaan kepada pendosa, namun tidak mahu bertaubat atau berlengah2 terhadap taubat. Sedangkan taubat merupakan perkara yang wajib digopohkan. Gopoh gapah itu budaya syaitan, namun 3 perkara yg perlu digopohkan. Solat apabila masuk waktunya, Membayar hutang, Melaksanakan taubat. Imam At-Tirmizi meriwayatkan dgn sanad yang lain "Jenazah apabila telah siap dimandi dan dikafankan, Anak gadis apabila sudah ditemui yg sesuai untuknya."

Justeru, ada 5 perkara yang perlu disegerakan. Antaranya taubat. Sahabat, ISTIGHFAR walau tiada kesalahan yang kita lakukan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...