Pakaian atau permakaian ?

Islam tidak meletakkan pakaian sebagai identiti agama. Islam hadir membawa cara yang terbaik dlm berpakaian. Dek kerana itulah ramai yg tersalah jangka dgn pemakaian yg digariskan Islam. Seolah2 Islam menolak segala perkembangan pemakaian era kini.

Teringat saya akan kisah seorg pakcik disaman kerana tidak memakai helmet. Katanya "mengali pon bole pakai serban, knp saya tak boleh?" Bagi penganut Singh, mengenakan balutan di kepala yg kita lihat ala2 serban adalah ibadah. Dan menanggalknnya adalah berdosa.

Tuan, Rasulullah SAW menggariskan dan mempertahankan tatacara berpakaian. Bukan menyempitkan kepada pemakaian yg khusus semata2. Adakala baginda berserban. Namun adakala juga Rasulullah SAW bertopi besi. Ini terjadi disebbkan ketika mana syariat membenarkan perubahan sesuatu perkara berdasarkan perubahan suasana.

Ada yg mengetengahkan hadis "sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka dia terdiri daripadanya."

Tuan, hadis ini mngetengahkan larangan bagi umat Islam menyerupai sesuatu kaum yg melibatkan soal akidah. Seperti memakai pakaian berlambang salib. Tidak semua pakaian itu melambangkan akidah atau anutan sesuatu agama.

Sekiranya semua pakaian adalah lambang ritual sesuatu agama. Nescaya Jubah juga haram utk dipakai kerana ia merupakan pakaian bangsa2 arab semenjak jahiliah lgi.

Oleh yg demikian, berpakaianlah dgn kaedah yg disucikan oleh Islam. Berbaju melayulah, berT-Shirtlah, berSerbanlah, Berkurtalah. Pakailah. Kesemuanya pakaian Islam selagi mana syariatnya tidak dirempuh.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...