Fenomena mencacatkan akal

Atheism. Fenomena memandulkan minda dalam mempercayai kewujudan Tuhan. Tahniahku ucapkan! Kerana sebahagian besar mereka adalah bekas penyembah Jesus Christ. Dek kerana kecewa dgn pembawaan agama Kristian yang berteraskan pengabdian diri kepada manusia dan 2 Tuhan utama, mereka lari dari kemelut pemikiran jumud gereja. Mereka mula menolak akn kewujudan kuasa Maha Mutlak yang mencipta Cakerawala Semesta Alam ini.

Mereka mula mencari jalan baru bagi merealisasikan ideologi pemikiran mereka. Pendekatan sains mula diketengahkan. Mereka mula menggunakan hujah-II dan fakta-II kajian saintifik mereka bagi mematahkan pemikiran penyembahan kepada Tuhan. Seolah-II sains milik mereka.

Tahniahku Ucapkan! Sesungguhnya syahadah itu terdapat kalimah nafi di dalamnya. Yakni 'laa ilaha' tiada Tuhan. Ini yang membuatkan kalian berada hampir kepada jalan yang benar kerana telah lari meninggalkan penyembahan terhadap Tuhan makhluk. Kalian menafikan Tuhan-II yang mengecewakan kalian. Tuhan Hanuman, Tuhan Krishna, Jesus Christ dan sekalian Tuhan yang ada kerana makhluk pada pandangan kalian tidak layak dikatakan Tuhan.

Justeru itu, pada nafi itu ada isbatnya. Yakni 'illallah'. Maka lengkaplah syahadah 'laa ilaha illallah'.

Islam, islam tidak akan mengecewakan kalian. Islam isbatnya hanya pada satu-II sang pencipta. Islam mengisbatkan penyembahan Tuhan yang tiada lagi tuhan bagiNya. Islamlah jalan yang perlu kalian kaji dan hayati agar kalian tahu. Kami menyembah, bukan pada dunia. Kami menyembah pencipta hari ini, semalam dan masa hadapan.

Nafikanlah kewujudan sekalian Tuhan-II yang ada namun isbatkan dengan hanya kewujudan Allah SWT.

Atheist, inshaaAllah kami akan kembalikan isbat kalian nanti.

—EpulIzhan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...