Tulang Rusuk Kiri ❤

Sabda Rasulullah Saw : "Aku Berwasiat [Dengan Layanan] Kebaikan Kepada Kaum Wanita. Kerana Sesungguhnya Wanita Diciptakan Dari Tulang Rusuk. Bahagian Yg Paling Bengkok Adalah Yg Teratas. Sekiranya Engkau Meluruskannya, Ia Akan Patah. Tetapi Jika Engkau Membiarkannya, Ia Akan Kekal Bengkok Selamanya. Maka Nasihatilah Perempuan Dengan Cara Yang Baik." [Riwayat Bukhari Dan Muslim]

Manakala Dalam Riwayat Muslim Yg Lain ; "...Wanita Bagaikan Tulang Rusuk Yg Bengkok..."

Aku Melihat Dengan Tersebarnya Berita Bahawa Wanita Diciptakan Dari Tulang Rusuk Itu Tercatat Di Dlm Bible, Maka Mereka Yg Jahil Dengan Mudah Me-Maudu'-kan [Menghukum Palsu] Hadith Ini Malah Menjatuhkannya Sebagai Israiliyyat.

Sahabat, Aku Mengiyakan Apa Yg Telah Sampai Kepada Kalian -Bahawa Memang Terdpat Di Dlm Bible Mengenai Perkara Tersebut. Tetapi Itu Bukan Bermakna Bahawa Dengan Mudah Kita Menghukum Sesuatu Hadith [Yg Diyakini Sahih] Itu Palsu.

Sebagai Permulaan Inginku Perincikan Kalimah WANITA Yg Terdapat Dlm Hadith..

Bahawa "...Kebaikan Kepada Kaum WANITA.." Diguna Pakai Kalimah Arabnya 'Nisa' -Yg Seringkali Ditujukan Untuk Isteri.

Dan Juga ".. Sesungguhnya WANITA Itu Diciptakan Dari Tulang Rusuk.." Diguna Pakai Kalimah 'Marr-ah' -Menunjukkan Umum Kepada Semua Wanita.

Secara Jelas,Para Ilmuwan Hadis Terdahulu Yg Terdiri Daripda Salafussoleh Tidak Mentakwilkan Makna "Diciptakan Daripada Tulang Rusuk" Itu Untuk Menjaga Keaslian Hadith Dari Pentafsiran Yg Menyeleweng. Maka Mereka Menerimanya Secara Terbuka Bahawa Wanita Itu Benar Diciptakan Daripada Tulang Rusuk.

Manakala Sebahagian Ulama' Menghuraikan Bahawa Makna "Daripada Tulang Rusuk" Itu Adalah 'Tabiat' Atau 'Fitrah' Seorg Wanita. Yg Mana "Sekiranya Engkau Cuba Meluruskannya, Ia Akan Patah.." Dengan Erti Kata Lain. Sekiranya Engkau Memaksanya Melakukan Perkara Yg Bercanggah Dari Fitrahnya, Ia Akan Memecabelahkan Masyarakat Dan Rumahtangga.

Kerana Dlam Riwayat Muslim Yg Lain "....Sekiranya Engkau [Berkeras] Meluruskannya, Ia Akan Patah, Patahnya Adalah Talak..."

Maka Jelas Di Sini Bahawa Hadith Berkenaan Ingin Menjelaskan Layanan Atau Hak Kaum Wanita Dalam Islam Dan Ia Bukan Sebagai Penghinaan.

Dan Mudah Kita Fahamkan Bahawa Wanita Itu 'Complicated'. Adakala Merajuk Secara Tiba-II, Adakala Marah Tak Bertempat, Gemar Membeli-belah, Keliru Dlm Memilih Pakaian Untuk Dipakai Dan Sebagainya. [Bhahahahaha]

Maka Biarkan Mereka Bengkok Yakni Kekal Dengan Fitrahnya Yg Sedia Ada, Jangan Berkeras Untuk Meluruskannya. Tetapi Tangganilah Atau Nasihatlah Mereka Dengan Cara Yg Baik.

Sahabat, Aku Pelik Dengan Masyarakat Kita. Kita Sering Mementingkan Perkara Yg Tiada Manfaat Untuk Diperbahaskan Berbanding Melihat Kebenaran Yg Sebenar-IInya.

Mengapa Ingin Dipertikaikan Ciptaan Yg Dikurniakan Oleh Allah Swt? Adakah Tulang Rusuk Itu Hina? Maka Asal Adam Itu Dari Tanah, Adakah Tanah Juga Hina? Sungguh! Ini Bukan Yg Sebenar-IInya Ingin Diajar Oleh Baginda Saw.

Betapa Rasulullah Saw Menunjukkan Peribadinya Yg Mulia Dengan Mengajar Para Sahabat [Serta Para Suami] Agar Berbuat Baik Terhadap Isteri-II Mereka.

Sungguh! Bukan Niat Asalku Untuk Membuka Topik Ini Melainkan Hanya Ingin Meperbetulkan Salah Faham Yg Bersarang Di Dlm Minda Kalian.

Adakala Kita Sangka Kita Sudah Berfikir Di Luar Kotak Atau Keluar Daripada Tempurung. Tapi Apakan Daya. Sebahagian Kita Tersesat Dlam Pencarian, Tersilap Dlam Pemikiran.
.
Inilah Islam. Yg Mana Martabat Seorg Insan Itu Diangkat. Kalian Mulia Kerana Islam. Inilah Agama Yg Diredhai. Inilah Agama Yg Di Dalamnya Darjat Lelaki Dan Wanita Ditinggikan.

Wallahu'alam..

Cc : AkhiSantai

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...