Puisi Pedang

Tangan mereka terkapai-kapai,
Mohon diselamatkan.
Kau juga terkapai-kapai,
Tapi di tahta hiburan.

Kononnya sudah penat,
Mahu berehat memimpin rakyat.
Sebenarnya kami yang penat,
Menelan segala muslihat.

Kayu golf di tangan,
Dihentak ke air,
Manakan surut hujan;
Inikan pula banjir.

Alasan pak-pak menteri,
"Berilah peluang;
Untuknya berehat."
Balasan kami yang marhaen ini,
"Sedialah kamu;
Di hari Akhirat."

Abg Pedang,
Lenggong, Perak.
25-12-2014.
Banjir 2014.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...