Dan Kisah Pun Bermula [Edisi Tamat Sekolah]

Dan Kisah Pun Bermula...

2010.... Malam Pertama....

Seusai pulang dari surau.

"Erm... korang tolong aku boleh?" aku menegur sekumpulan pelajar yang tinggal satu dorm denganku. Mereka berempat kelihatan mesra. Boleh jadi satu sekolah rendah.

Semuanya memandangku.

"Yer.. kenapa bro?" salah seorang dari mereka menyambut soalanku dengan ramah.

"Kunci aku tertinggal dalam loker.. ehek.." aku hanya mampu tersenyum.

"Ouhh... don't worry.. kami boleh tolong.. by the way aku rashid." sambil menghulur tangannya.

"Aku dang..." sambil tersenyum.

"Aku Firadus." "Aku Zaidan." "Aku Adam." "Aku..........".......

2011.... Tahun Ke Dua....

"GAP?" aku terpana bereaksi keliru.

"Yer.. Gerakkan Anti Perempuan... kita nak boikot semua pergaulan laki pompuan... kitalah 'mat port' kegiatan jumpa-II... kitalah yang akan hentikan pergaulan bebas kat sekolah ni... In Shaa Allah... Nak join kami tak?" Iqmal beriya-iya.

"Ermm.... okeylah..." aku bersetuju walaupun masih ragu-II.

3 bulan kemudian.....

"Aku keluar."

"Kenapa Fitri?" Kami terkejut dengan reaksi spotan Fitri sewaktu berborak mengenai pemulauan pelajar perempuan ke atas gerakkan kami.

"Cara kita banyak salahlah. Kita lebih menyakitkan hati mereka daripada membimbing mereka. Matlamat awal kita dah betul tapi lama-II semua dah macam berubah. aku terasa ibarat macam hukum karma. Kita marah mereka, tapi sekarang macam kita pulak yang jadi seperti mereka. Nama kumpulan pun dah macam salah. Kita cuma khususkan kepada satu golongan saja. Ini dah mendatangkan perpecahan." Panjang lebar Fitri berleter.

"Okey. Bubar." sahut abang hidung. Kami semua menganguk kepala.

"Huuu... Baguslah kalau macam tu..." Fitri kelihatan lega.

"Eleh Fitri... dah syok kat Fana Wan baru nak keluar... wuuu.." aku berjenaka.

"Weyhh mana ade... abang hidung laa semalam lagi dah 'planning' nak bubarkan.. diakan dengan DL... wuwuwuu.." Jari telunjuknya digoyang-goyangkan sambil tersenyum.

"Woww Salahkan aku pulak.............."

2012.... Tahun Baru Nak Up....

"Woi form 1 ! amek air satu !" Amin memekik.

"Baik bang."

"Hehek.. dah jadi form 3 ni kenalah pandai jimatkan tenaga." kata Amin sambil tersenyum.

"Aku rase serba salah lagilah nak buat. karang dia ludah dalam air tu mana kita tahu." aku menggaru-garu kepala yang tak gatal.

"Alaa.. kau tu pengawas Dang, sebab tu takut nak buat. Tengok aku, takde siapa berani halang. kalau dia ludah laa.... aku tenyeh-II kepala dia." Amin bereaksi bangga.

"Hurmmm....." jawabku acuh tak acuh.

"Jap mana air aku nih?" terangkat-angkat kepala Amin mencari kelibat junior yang disuruhnya tadi untuk mengambil air. Kelihatan junior tersebut sedang menuju ke arah kami.

"Woi form 1, bak sini air tu !" terdengar satu suara memanggil junior tadi. Kami berdua berpaling ke arah suara tersebut.

Gulp ! Abang Isma... Tingkatan 5...

"Apa tengok-II?" abang Isma menyoal separuh menjerit.

"Uhuu... takde apa takde apa.." kami terangguk-angguk malu.

2013.... Tahun Kekeliruan....

"Nak pindah, taknak. Nak pindah, taknak. Nak pindah, taknak." aku mecabut satu persatu kelopak bunga yang tidak bersalah. Tiba-II bahuku seperti disentuh. Aku berpaling. Abang hidung.

"Takyah pindah la Dang... kat sini okey apa... kita dah biasa suasana disini, kalau pindah kita kena biasakan diri dengan sekolah-II baru.. kawan-II baru.. haa... susah sikit oo..." pujuk abang hidung sambil menarik-narik hidungnya yang mancung.

"Hurmm... Okeylah aku tak pindah..."

2 Bulan Kemudian....

Abang hidung berlari-lari anak datang kepadaku yang baru keluar dari surau.

"Dang ayah aku datang tadi. Aku pindah sarjana. Minggu ni last aku kat sini."

"Hotakkkkkk.........!"

2014.... Tahun Terakhir....

Melangut sendirian di atas astaka... Hanya tingkatan 5 sahaja yang tinggal di asrama...

"Hai... dok menung sorang jer Dang?" Fauzan menyapaku, di tangannya ada buku latihan perdagangan.

"Boring laa... takde budak nak kacau... takde member nak borak... aku nok baleykk... huhuu..."

"Hahaha... Study la Dang... Last paper jer esok..." sambil tangannya menjawab soalan dalam buku latihan tersebut.

"Okeyyy....."

Masuk ke kelas.

"Putih Putih Melaaatiiiiiiii..... Merah Merah Delimaaa......... Siapa Yang Baikk Hatii Pastiku Terimaaaaa.... Ouu Ooooooo"

"Woiii ! Shadappp La Danggg !!"

"Okey............."

2015... Tahun Dah Jemu Gelisah...

"Berapa A?"

"5A."

"Tahniah!"

......................................................................................................

Perjalanan Kita Baru Saja Bermula. Zaman Persekolahan Sudah Menjadi Kenangan Silam Yang Tak Mampu Dibeli Lagi. Dang Ding Dot... Maaf Andai Ada Salah Dan Silap... Sesungguhnya Tak Mampu Dinukilkan, Tak Mampu Dicorakkan, Tak Mampu Diceritakan Semua Memory-II Dahulu Yang Penuh Askaranya, Warna-warninya Dan pelbagai Telatahnya...

— Abg Pedg

Cc : AkhiSantai

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...