Bangkit Wahai Pemuda !

Bagaimana pandangan anda selaku pemuda sekiranya kita akan dipimpin golongan tua dalam tempoh yang lama ? Yang mana mereka hidup pada zaman yang tidak seperti zaman kita. Yang mana mereka sudah lanjut usia malah imaginasi dalam melestarikan kehendak pemuda cukup tipis. Yang mana tahap kreativiti kepimpinan kontemporari hanya berdasarkan keadaan zaman mereka 80an-90an. Sanggupkah para pemuda yang diasuh dengan kreadibiliti kepimpinan, diasuh dengan moraliti tinggi, diasuh untuk menjadi pengganti, yang lebih rapat dengan rakan sebaya sehingga nisbah kemampuan memangkin negara dalam curahan idea yang lebih ideal dripada golongan senja disekat perlantikan mereka ? Hahahaha.
Semua jawapan di tangan pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara. Sebentar tadi di TV3 Perdana Menteri telah mengumumkan Jawatan Ketua Kampung dan Jawatan-II Kuasa Kampung dipanjangkan tempoh jawatan mereka hingga 69 tahun atas alasan mereka lebih berpengalaman dalam memimpin. Ya ! Pengalaman. Sewajarnya pengalaman itu disalurkan kepada pemuda-II yang jiwa mereka lebih mudah dibentuk berbanding tua dan keras hati. Bangkitlah pemuda ! Bangkit dan kembalikan hak kamu ! Bagaimana ? Hentikan lagha dan kembali belajar. Yang sudah bekerja gigihlah dalam mata pencarianmu. Buktikan kita pengganti yang bakal menyumbang kejayaan kepada negara. Selagi masih muda, selagi itu perjuangan belum selesai. Jangan tunggu ditempoh senja kerana ketika itu pemuda seperti saya akan berkata sebegini kepada kita. Wallahu'alam.

-AbangPedangReborn

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...