Apa Yang Ada Pada Boikot

Memahami erti kesungguhan BOIKOT barangan YAHUDI.

Serangan Israel yang disifatkan kejam ke atas penduduk di Genting Gaza baru-baru ini telah menimbulkan spekulasi dan andaian, bantahan masyarakat antarabangsa terhadap tindakan kejam itu berlangsung dalam pelbagai keadaan yang ketara perbezaannya, ini kerana ada negara tidak membantah dengan tunjuk perasaan, tetapi cukup sekadar mengingatkan kepada pentadbiran Tel Aviv pengusiran dutanya daripada Caracas, Venezuela sebagai isyarat kemarahan terhadap mereka.

Tindakan Presiden Nicolas Maduro itu tidak sekadar mengusir duta Israel, malah beliau memanggil pulang dutanya yang sedang berkhidmat di Tel Aviv, ia disusuli dengan tindakan Bolivia yang memutuskan hubungan diplomatik yang sudah terjalin selama lebih lima puluh tahun. Ia dilakukan adalah tidak lain adalah untuk menyatakan sikap bantahan terhadap kekejaman Israel itu.

Tetapi kebanyakan negara umat Islam mengadakan bantahan dengan berarak di jalan-jalan raya utama serta menyerahkan memorandum bantahan ke kedutaan Amerika, Mesir dan ada yang membakar bendera Amerika dan Israel serta membaling kasut sebagai tanda kemarahan mereka yang meluap-luap, kesemua itu menandakan bahawa masyarakat antarabangsa marah dengan kebiadapan Yahudi.

Boikot barangan Amerika - Yahudi adalah cabang dari pegangan aqidah.

Para ulama' kotemporari yang mewakili Persatuan Ulama' Islam Antarabangsa yang diketuai tokoh ulama' masa kini, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, Akademi Penyelidikan Islam Universiti al-Azhar, Akademi Fatwa Eropah dan lain-lain badan bukan kerajaan bersepakat dalam menyatakan bahawa memboikot barangan Amerika - Yahudi atas alasan serangan rejim Yahudi di Gaza adalah tuntutan akidah yang mesti dilakukan dengan penuh tanggungjawab agama.

Itulah salah satu cara terbaik yang dapat kita lakukan untuk menyatakan sikap tegas kita terhadap kebiadapan bangsa Yahudi Laknatullah, bangsa yang pernah buat onar dalam kalangan para Anbiya', dan bangsa ini juga yang biadap terhadap Rasulullah s.a.w. kerana melakukan sihir dan cuba membunuh Baginda dengan membubuh racun dalam makanan Nabi yang amat kita cintai. Jadi apabila kita tidak memboikot, ia membuktikan kita masih lagi menyokong produk Yahudi, sama ada rokok, restoran-restoran segera yang semua maklum, dan jangan lupa untuk menghulurkan doa buat saudara-saudara kita di Gaza dan seluruh Palestin.

Kerana kita takut, saudara-saudara kita itu akan mendakwa depan Allah pada hari akhirat dengan mengatakan kitalah yang telah menyokong untuk membeli produk-produk Yahudi, dan keuntungannya diserahkan kepada tabung Zionis untuk pembelian segenap peralatan senjata bagi membunuh saudara-saudara kita, ayuh marilah kita buktikan untuk boikot!.

*Petikan bersumber dari Harakah 1-3 Safar 1437 / 13-15 November 2015

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...