**8 Bila Imanku Berbicara Klasik 60an 3

"Rugi Kau Tak Hadir Semalam Dang, Pesta Muda-mudi Itu Dimeriahkan oleh Penyanyi Terkenal Tanah Air." Terangkat-angkat Kening Rosman Menunjukkan Reaksi Bangga Kerana Dapat Hadir Ke Pesta Itu Malam Semalam.

"Jadi Dapatlah Kau Berjumpa Dengan Buah Hati Kau Tu Ya ?" Aku Hanya Mampu Bertanya Tanpa Perlu Mengintai Keluar Kerana Sedari Tadi Sedang Membuang Air Besar Di Dalam Tandas Kecil Di Rumahku.

"Dang, Orang Tua-II Kata Jangan Berbicara Di Dalam Tandas, Nanti Ketumbit Mata Kau. Jadi Biar Aku Saja Yang Bercakap Kau Tak Perlu Bersuara." Sedikit Meninggi Suara Rosman Walaupun Dia Sebenarnya Berdiri Sedepa Saja Dari Pintu Tandas Itu.

"Hurmmm..." Ah ! Bosan. Memang Sudah Lamaku Tahu Mengenai Pantang Larang Itu, Cuma Jarang Sekali Aku Mengamalnya.

Teringat Pula Pesan Ibuku Dahulu, "Dang, Rasulullah Melarang Umatnya Bercakap-cakap Di Dalam Tandas, Ibu Selalu Dengar Kau Menyanyi Ketika Membuang Air." Aku Tersenyum Sendirian.

Tong ! Ketang ! Ketong ! Lamunanku Tersentak, Tidak Semena-mena Ku Lontar Cebok Keluar Tandas.

"Dang ! Kau Dengar Tak Apa Yang Aku Cakap Ni ? Apa Pasal Cebok Ini Kau Buang."

"Haa, Aku Dengar ... Pulangkan Semula Cebok Tu Aku Sudah Siap." Tadi Dia Yang Melarang Aku Bersuara, Tapi Kini Dia Yang Meminta 'Respon' Dariku, Nasiblah Aku Menyayangi Sahabatku Itu Demi Ukhwah Yang Terbina Sejak Kecil Lagi. Aku Mengambil Cebok Dari Tangannya Yang Menjuntai Dari Atas.

Setelah Keluar, "Haa, Apa Yang Kau Katakan Tadi Man ?"

"Rohana Dan Rubiah Tidak Hadir." Rosman Berwajah Kesal.

Mataku Terbeliak Kononya Terkejut Tetapi Hakikatnya Hatiku Sungguh Girang. Yalah, Jika Aku Berdusta Dengan Orang Tuaku Semalam, Pasti Aku Akan Menyesal Dan Terpaksa Bermerah Muka Bertemu Mereka Untuk Memohon Maaf.

"Mengapa ?" Aku Pura-II Ingin Tahu.

"Iyalah, Semalamkan Ada Ceramah Yang Disampaikan Oleh Ulama' Besar Di Negara Ini Di Dataran Masjid." Rosman Masih Belum Berubah Reaksinya.

"Baru Aku Teringat, Semalam Bapaku Ada Mengajakku Untuk Mendengar Ceramah Di Masjid. Katanya Hampir 1000 Orang Yang Akan Hadir."

"Betul, Pesta Muda-mudi Semalam Pun Tak Semeriah Yang Disangka. Kebanyakkan Anak-II Muda Pergi Mendengar Ceramah Beliau. Namanya Kalu Tidak Salah, Sheikh Abdullah Fahim Dari Alor Setar."

"Hah !? Pak Him !"

Rosman Mengangguk Membenarkan Kata-IIku Itu.

Aku Terkedu, Sudah Lama Hatiku Ini Ingin Melihat Mata Ke Mata Dengan Ulama' Besar Itu. Siapa Yang Tidak Kenal Sheikh Abdullah Fahim, Antara Pengasas Gerakan Hizbul Muslimin Yang Diharamkan Oleh British Dahulu Sebagai Parti Berhaluan Kiri Yang Kini Bangkit Semula Sebagai Parti Islam Se-Melaya. Seorang Ulama' Besar Yang Di Jemput Khas Oleh Sultan Iskandar Shah Untuk Menjadi Mudir Di Madrasah Idrisiah Di Kuala Kangsar, Dan Mufti Pertama Di Pulau Pinang. Beliau Kini Telah Berumur 90 Tahun, Tetapi Mampu Lagi Meneruskan Dakwahnya.

Hampir Mengalir Air Mataku Akibat Kekesalan Yang Amat Sangat Kerana Tidak Menghadiri Majlis Ilmu Beliau.

Pruttt !

"Hah, Apa Itu ?" Rosman Bertanya.

"Ops, Sebentar Man, Nak Keluar Lagi Nih." Aku Bingkas Masuk Semula Ke Dalam Tandas.

"Dang ! Kau Tak Tutup Kepala Tu.."

"Aku Tutup Pakai Cebok ! Erghh."

............................................................................................

Sheikh Abdullah Fahim Di Lahirkan Di Mekah Pada Tahun 1869 Dan Meninggal Pada 27 April 1961 Di Seberang Perai, Pulau Pinang, Ketika Berusia 91 Tahun.
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un.

Cc : AkhiSantaiKisah8

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...