**7 Bila Imanku Berbicara Klasik 60an 2

"Err.. Bu, Izinkan Aku Keluar Malam Ini."

"Mahu Ke Mana Kau Dang ?" Ketika Itu Ibuku Sedang Menumbuk Sambal Kerana Bekalan Elektrik Di Rumah Kami Terputus, Mesin Kisar Tidak Berfungsi.

"Erm.. Aku Mahu Berjumpa Rosman. Katanya Malam Ini Ada...." Aku Yang Bukan Jenis Bercakap Bohong, Mulai Gelabah.

Sebentar Tadi Sudah Berulang Kali Aku Membaca Ayat 25-28 Dari Surah Thaha Agar Lidahku Tidak Kelu Meskipun Aku Ingin Menipu Ibu. Hah, Ini Mesti Balasan Tuhan Terhadapku.

"Ha.. Tanya Bapa Kau. Kebenaran Ibu Terletak Padanya." Katanya Tanpa Menoleh Ke Arahku.

Sudahku Agak Jawapan Itu, Ibu Yang Sememangnya Seorang Isteri Yang Taat Kepada Suami Tidak Akan Terus Melepaskanku Kalau Tiada Restu Dari Bapa.

"Haa, Amendenye Dang ?" Tiba-II Bapaku Muncul Dari Pintu Belakang Dengan Berjubah Putih, Mungkin Baru Pulang Dari Masjid.

Aku Terkedu, Bapaku Memang Tidak Pandai Berlakon Seperti Yang Ingin Dinukilkan Oleh Abang Pedang Dalam Edisi Klasik 60an Ini.

"Izinkan Aku Bertemu Rosman Malam Ini, Bapa. Ada Hal Penting." Aduh ! Masih Dengan Alasan Yang Ragu-II.

Bapa Memandangku Dengan Pandangan Yang Tajam. Ah ! Ini Pandangan Firasat. Tidak Berani Aku Bertentang Mata Dengannya.

Ibu Masih Lagi Menumbuk Sambal Sambil Menyanyi Lagu Seiring Kata Bermadah Sayang Nyanyian A Razak Dan J Kamisah Yang Aku Rasa Lagunya Sekitar Era 70an. Huh ! Kedua-dua Orang Tuaku Memang Tidak Pandai Berlakon.

"Ya Bunayyam , Ada Tiga Golongan Yang Diharamkan Allah Untuk Memasuki Syurga, Iaitu Peminum Arak Yang Tidak Sempat Bertaubat, Manusia Yang Derhaka Terhadap Kedua Orang Tuanya, Dan Orang Yang Merelakan Kejahatan Berlaku Dalam Keluarganya."

"Andai Kata Kau Nak Keluar Kerana Maksiat, Bapa Tak Benarkan. Kalau Kau Menipu, Penderhakalah Yang Layak Untukmu." Tenang Tapi Tegas Ucapan Darinya. Dengan Berdalilkan Hadis Riwayat Imam An-Nasai Dan Imam Ahmad Itu, Cukup Membuatkan Jiwaku Sentap Seketika. Aku Tertunduk Kaku, Tidak Mampu Berkata Apa-II.

Kini, Aku Hanya Mampu Melihat Gelagat Kedua-dua Orang Tuaku Berduet Menyanyi Lagu Kegemaran Mereka.

Ibu : "Aku Merasa Senang Dalam Hati, Kekasih Kini Menjadi Suami. Akanku Sayang Dengan Penuh Hati, Bertambah Kasih Jangan Risau Lagi."

Bapa : "Seiring Kata Bermadah Sayang, Untukmu."

Ibu : "Aku Percaya Masa Depanku Gemilang."

Bapa : "Aku Berjanji Akanku Jaga Hatimu."

Ibu : "Tapi Kau Juga Jangan Selalu Berjauh."

Ibu/Bapa: "Mari Sayangku, Mari Bergembira. Mari Menuju Hidup Bahagia."

Ibu Menyanyi Sehingga Terangkat-angkat Batu Lesung Yang Dipegangnya. Bapa Mencuit Hidung Ibu Dan Mereka Ketawa Sambil Terus Menyanyi.

Cc : AkhiSantaiKisah7

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...