**6 Bila Imanku Berbicara Klasik 60an 1

**6 ‪#‎BilaImankuBerbicara‬ ‪#‎Klasik60an1‬

"Dang, Mahukah Engkau Mengikut Kami Pada Malam Pesta Muda-mudi Nanti ?"

Pelawaan Daripada Rosman Itu Benar-II Meransang Naluri Keremajaanku, Aku Yang Sedari Tadi Asyik Mencuci Vespa Kuningku Terus Berpaling Ke Arahnya.

"Pesta Muda-mudi Ya, Sudah Pasti Rubiah Turut Hadir." Aku Hanya Mengagak.

"Itu Semestinya Dang. Eh, Kalu Rubiah Hadir Pasti Rohana Pujaan Hatiku Itu Ikut Sekali. Boleh Kami Berdansing Sampai Kepagi Dang." Makin Melebar Senyuman Sahabatku Ini, Memang Rosman Pantang Kalau Mendengar Nama Rohana.

Dari Kecil Lagi Dia Terlalu Meminati Gadis Kacukan Melayu Dan India Itu. Persis Wajah Heroin Tamil Babita Kapoor Katanya.

"Tapi Ros, Kedua Orang Tuaku Pasti Tidak Mengizinkanku Pergi. Iyalah, Bapaku Seorang Imam Di Sini." Balasku Ringkas.

Tidak Semena-mena Satu Tumbukan Manja Hinggap Di Bahuku. "Ini Yang Aku Pantang Ni, Sudah Berkali-kali Ku Bilang Jangan Kau Panggil Dengan Pangilan Itu. Aku Man, Rosman !"

"Hehek, Maafkan Aku Ros Eh Man. Aku Tidak Sengaja Tadi. Jadi Bagaimana Dengan Masalahku Ini ? Apakah Yang Harus Kulakukan ? Apa Kau Punya Rencana ?" Ku Soalnya Bertubi-tubi.

Rosman Memandang Ku Dari Atas Ke Bawah, Lagaknya Seperti Seorang Perisik.

"Haa, Aku Ada Rencana." Kelihatan Mentol Tersembul Di Kepalanya.

"Err.. Apa Dia ? Beritahulah Aku."

"Ermm.. Hehehe." Senyuman Rosman Cukup Merimaskan Aku Yang Jambu Ini. Secara Tiba-II Wajah Rubiah Terpapar Di Birai Mataku.

....................................................................................

Nantikan Sambungannya Di Episod Yang Akan Datang. Abang Pedang Nak Makan. Hua Hua Hua ! 

*Rubiah Dalam Kisah Kali Ini Hanya Nama Rekaan Semata-mata. Tiada Apa Yang Perlu Dijeleskan. Kui kui kui.

Cc : AkhiSantaiKisah6

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...