**5 Bila Imanku Berbicara Versi Dewasa 1

Kelihatan Beberapa Orang Kanak-II Sedang Belari-lari Di Dalam Masjid. Dari Kejauhan Aku Melangkah Dengan Begitu Pantas Menuju Ke Arah Mereka.

"Hampa Ni Tak Reti Dok Diam Ka !? Kalau Taknak Solat Toksah Mai Surau, Dok Umah Jaga Mak ! Orang Lain Nak Solat Tak Senang." Herdikkanku Bergema Ke Seluruh Penjuru Surau, Sehingga Ada Beberapa Jemaah Yang Memerhati.

Imam Rosham Meluru Ke Arahku Dengan Wajah Yang Cemas Terus Menggosok-gosok Belakangku Cuba Menenangkan Keadaan.

"Anak-II Pergi Duduk Diam-II Kat Sana, Takpa Pakcik Dang Kamu Ni Penat Sebenarnya." Arahan Imam Rosham Mudah Saja Dipenuhi Walaupun Reaksi Hampa Terpamer Jelas Diwajah Mereka.

Imam Rosham Menguntumkan Senyuman, Tetapi Tangannya Masih Tidak Lekang Dari Belakangku;

"Diorang Masih Budak-II, Janganlah Emo Sangat. Karang Tak Lekat Budak-II Tu Kat Masjid Ni Nanti."

"Takdalah, Bising Sangat, Belari Ke Hulu Ke Hilir, Ganggu Orang Nak Sembahyang." Aku Masih Lagi Mempertahankan Tindakanku Sebentar Tadi.

"Biji Benih Tak Akan Sentiasa Tinggal Di Dalam Tanah, Dan Pokok Yang Besar Tak Akan Sentiasa Gagah Tertancap Di Atas Tanah. Sedangkan Balak Pun Ditebang." Imam Rosham Berkias.

"Saya Tak Paham Mam." Aku 'Blur' Seketika.

"Mereka Akan Membesar Dang, Sampai Masa Akan Matang. Macam Kita Dulu-II Juga, Bila Dah Lama-II Pahamlah. Kita Pun Belum Tentu Hidup Lama Dibumi Ni, Entah Lepas Ni Dah Kena Panggil. Sudah Dang Jom Kita Solat, Isyak Dah Masuk."

Imam Rosham Menarik Tanganku. Aku Menuruti Langkah Beliau Sambil Memerhatikan Gelagat Kanak-II Yang Kelihatan 'Cuak' Merenung Ke Arahku. Bangga Seketika.

6 Tahun Kemudian.......

"Pakcik Minta Maaf Nak." Tak Tertahan Air Mataku Dari Terus Mengalir.

"Sabar Abah Sabar." Anakku Cuba Menenangkanku Yang Sudah Melutut Memohon Dimaafi.

"Pakcik Minta Maaf Nak, Sebabkan Pakcik Marah Kamu Dulu, Sekarang Baru Kamu Datang Masjid Ni." Aku Tidak Tahan Menahan Sebak Sehinggakan Suaraku Adakalanya Tidak Kedengaran.

"Biji Benih Tak Akan Sentiasa Tinggal Di Dalam Tanah." Terngiang-ngiang Kata Arwah Imam Rosham Di Telingaku.

"Maafkan Pakcik Nak." Sekali Lagi Ku Ungkapkan Kata-kata Tersebut, Walaupun Ku Tahu Masa Yang Lalu Tidak Dapat Diundurkan.

Sekujur Tubuh Yang Sudah Berbalut Dengan Kain Kafan Betul-II Dihadapanku. Wajahnya Memangku Kenal, Dia Salah Seorang Daripada Kanak-II Yang Aku Herdik Dahulu.

Dia Disahkan Mati Sewaktu Dibawa Ke Hospital, Akibat Kemalangan Daripada Perlumbaan Haram Yang Disertainya.

"Maafkan Pakcik Nak, Pakcik Silap Tarbiyyah." Serentak Dengan Itu Air Mataku Jatuh Berjurai-jurai Tanpa Henti Mengenangkan Kesilapan Yang Telah Kulakukan.

.............................................................................................

Maaflah Malam Ni Abang Pedang Takda Idea Santai Untuk Dikongsi, Cuma Sedikit Motivasi Agar Kita Sentiasa Berhikmah Dalam Mengajak Kepada Kebaikan. Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Kanak-II Kini, Bakal Menjadi Generasi Nanti, Jangan Dipinggirkan Mereka. Kelak Bakal Menangis Macam Abang Pedang Versi Dewasa Ni.

Cc : AkhiSantaiKisah4

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...