**4 Bila Imanku Berbicara

Cuma 2 Orang Sahaja Lagi Yang Tinggal Di Dalam Surau Sedangkan Penghuni-II Asrama Yang Lain Dilihat Dari Balik Tingkap Sudah Pulang Ke Dorm Masing-II.

"Dang, Apa Yang Dimenungkan Tu ? Semua Dah Balik, Tinggal Kita Jer." Bahuku Disentuh Halus, Penuh Dengan Tanda Tanya.

"Entahlah Man, Minggu Depan Pelantikan Rasmi." Ringkas Jawapanku Sudah Cukup Membuatkan Luqman Mengerti Segala Keresahan Yang Membaluti Jiwa Sahabatnya Ini.

"Ermm.. Dang, Kau Nak Ke Jawatan Tu ?" Soalan Itu Seperti Sengaja Diajukan Sedangkan Jawapannya Sudah Tersedia Maklum.

"Berat Hati Aku Ni Man, Kalau Disuruh Aku Untuk Pindah, Lebih Aku Rela Daripada Menerima Jawatan Tu."

Luqman Memegang Kuat Bahuku, Sedaya-upaya Menenangkan Sahabatnya Yang Dirundung Pilu Ini. "Bawa-II Bersabar Dang, Kau Cuba Dulu Jangan Mengalah Macam Ni."

Aku Memandangnya Dengan Pandangan Kosong. "Jika Suatu Urusan Diserahkan Kepada Yang Bukan Ahlinya, Maka Tunggulah Kehancuran." Hampir Menitis Air Mataku Melafazkan Hadis Sahih Bukhari Tersebut.

"Dang, Jangan Kau Takut Dengan Perubahan. Keputusan Yang Diambil Cikgu, Sudah Dinilai. Kalau Kau Terlalu Takut Dengan Tanggungjawab Ni, Macam Mana Dengan Kawan-II Yang Lain. Kau Kena Semangat Dang."

Aku Mempamerkan Senyuman Hambar Dengan Harapan Dapat Menjaga Hati Sahabat Baikku Itu Yang Dari Tadi Bersusah Payah Menenangkanku.

"Haa, Macam Tulah. Senyum Sikit Baru Nampak Hensem Kau Tu" Luqman Kelihatan Tenang Tapi Masih Lagi Dalam Nada Memujuk.

"Hoi ! Angpa Suma Buat Apa Lagi Ni !? Orang Dah Balik Dorm Dah !"

Zupp !

Kedengaran Seseorang Berlari-lari Anak Semakin Hampir Ke Mihrab Surau. Setibanya Di Situ;

"Aih ? Udoh Leboh. Tadi Macam Dengor Ade Orang Nyembang. Kemane Peginye ?"

Pakcik Dzulkarnain Menggaru Kepalanya Yang Botak Seraya Menapak Pergi Dengan Wajah Yang Berkerut-kerut.

Di Sudut Yang Lain Kelihatan Seorang Bakal Ketua Pengawas Dengan Bakal Setiausahanya Sedang Bersembunyi Di Balik Telekung.

"Dang, Dengar Cerita Bilik Ni Berhantu."

"Cait Kau ! Masa Ni Juga Kau Nak Cakap Pasal Hantu. Shh, Nanti Pakcik Botak Dengar."

..................................................................................................

*Cerita Ini Hanya Nukilan Santai Semata-mata, Tiada Kaitan Dengan Yang Hidup Atau Yang Telah Meninggal Dunia. Kebanyakan Kisahnya Diolah Sendiri Oleh Abang Pedang Secara Berhibur.

Credit: Luqman Hakim Mohd Anuar

Cc : AkhiSantaiKisah4

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...