**3 Bila Imanku Berbicara

Aku Memulakan Langkah Dari Tangga Surau Untuk Ke Kelas Bagi Menjalani Sesi Prep Malam.

"Bah !!" Tiba-II.

"Opocot ! Kaki Gajah Tersadung Terlipat !" Bersilat Sumbang Langkahku Sehingga Tersepak Beberapa Selipar Masuk Ke Dalam Longkang.

"Amboi Kau, Chor Acah Sikit Jer. Sampai Tertonggeng-tonggeng Kau Yer. Hahaha" Pakcik Hamid a.k.a Chor Pak Guard Sekolahku Tergelak Terkekeh-kekeh.

"Apalah Pakcik Chor Ni, Habis Sumbang Langkah Saya. Lain Kali Bagi Salam Dulu Baru Sergah." Aku Mencebik Sambil Menjengok Ke Dalam Longkang Untuk Mengambil Selipar Yang Jatuh.

"Wah, Baik Sungguh Kamu Ambil Balik Selipar Yang Kamu Sepak Tu Yer Dang ? Kalau Zaman Chor Dulu, Dah Senior-II Ni Takde Dah Nak Amek Balik, Biar Jer Junior Cari . Cakap Pasal Selipar Ni, Kamu Pernah Bercinta Tak Dang ?"

"Huhu, Alah Bukan Selalu Nak Jadi Abang Yang Bajet Baik Ni. Ha ? Bercinta ? Kenapa Ke Situ Pulak Pakcik ? Err .. Tak Kot. Ngeh Ngeh Ngeh."

"Haa, Kamu Tahu Tak, Cinta Itu Umpama Selipar, Kalau Tidak Putus Dicuri Orang. Hahaha." Kata Pakcik Hamid Bernada Senda.

"Hahaha. Amboi Pakcik Sampai Ke Selipar Jepun Ni Pun Pakcik Buat Perumpamaan." Aku Tersengih Kerana Banyak Kali Juga Aku Me-rembat Selipar Di Surau Ni.

"Alah Pakcik, Beli La Croc. Tak Putus-II Tapi Dicuri Mungkin. Hahahaha." Kami Saling Berkekeh-kekeh.

"Untong Lah Korang Sekarang Ni, Senang Jer, Nak Belajar Agama Boleh, Nak Masuk Sekolah Boleh, Chor Dulu Susah Tau Dang." Sayu Nada Pakcik Chor, Suasana 'Happy Go Lucky' Tadi Berubah Menjadi Sepi.

"Atototo, Pakcik Ni Menggamit Memori Betullah. Takpe, Asalkan Rezeki Yang Datang Kini Halal. Baru Dapat Berkat." Aku Cuba Mengembalikan Semula Semangat Pakcik Chor Yang Memang Sentiasa Rapat Dengan Pelajar-II Sekolahku.

"Dang, Boleh Chor Minta Sesuatu ?"

"Ha ? Kenapa Pakcik ?" Aku Mula Syak Yang Bukan-II. Setahu Aku Pakcik Chor Tiada Anak Perempuan Sebaya Aku. Kalau Ada Pun Semua Dah Besar-II.

"Ermm .. Tolong Ajar Chor Sikat Rambut Belah 'Ponggong'. Chor Nak Smart-II."

"Ha ? Belah 'Ponggong' ? Hahahaha. Itu Belah Tengahlah Pakcik. Mana Dapat Istilah Belah 'Ponggong' Pulak." Aku Ketawa Terbahak-bahak Sampai Terlentang Di Lantai Surau.

"Lah, Kawan Chor Kata Tu 'Fashion' Belah 'Ponggong'. Hahahaha. Chor Mana Tahu." Pakcik Chor Mengaru-garu Kepalanya Menggunakan 'Cota'.

"Takpa Pakcik, Nanti Saya Ajar Pakcik Sikat Macam Tu."

"Alright. Dah, Masuk Kelas Prep Nanti Kena Marah Dengan Warden." Pakcik Chor Menapak Meninggalkanku.

Cc : AkhiSantaiKisah3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...