**2 Bila Imanku Berbicara

Ku Lihat Ustaz Di Atas Surau Sedang Merenung Keluar Tingkap Dengan Pandangan Yang Kosong. Mungkin Kerana Umurnya Yang Kian Meningkat Itu Menambahkan Lagi Kesayuan Yang Jelas Terpancar Di Wajahnya.

"Ustaz ? Jom Makan. Dewan Makan Dah Nak Tutup Tu , Cik Wa Dah Panggil Dah"

Aku Mempelawa Walaupun Ku Tahu , Pelawaanku Itu Mungkin Ditolak Baik Olehnya.

"Kamu Pergilah Makan Dulu Dang, Ustaz Dah Makan." Jawapan Yang Memang Sudahku Agak.

"Baik Ustaz." Aku Melangkah Lesu.

"Eh ? Dang. Ustaz Nak Tanya Sesuatu Boleh?"

"Ye Ustaz ?" Aku Membantutkan Langkah Kakiku Seraya Berkalih Ke Arahnya.

"Apa Pandangan Kamu Dengan Tazkirah Ustaz Sebentar Tadi?" Masih Lagi Berdiri Di Tepi Tingkap Tapi Menghadap Ke Arahku.

"Alhamdulillah Ustaz, Ilmu Baru Yang Saya Banyak Pelajari. Memang Benar Kata Ustaz Krisis Cuaca Yang Tidak Menentu Ini Banyak Menjadi Tanda Yang Dunia Ini Semakin Uzur. Ibarat Retak Menanti Belah."

"Hurmm.. Itulah Yang Ustaz Risaukan Sekarang Ni, Sekolah Kita Ni Semakin Hari Semakin Berganjak Usianya. Ustaz Masih Ingat Lagi Pengasasnya Pernah Berazam Agar Terlahirnya Insan Yang Akan Berbakti Kepada Agama Kita Ni. Tapi Hari Demi Hari, Tahun Demi Tahun, Telah Banyak Perkara Yang Memudarkan Semangat Yang Dahulunya Disemai Oleh Arwah." Wajahnya Tampak Kesal.

Aku Cuba Menenangkannya Dengan Meletakkan Tanganku Dikedua Bahunya.

"Ustaz , Tarbiyyah Itu Umpama Pokok Sawit Di Sekeliling Sekolah Kita Ustaz. Sudah Ditanam , Menanti Dewasa. Sudah Dewasa , Menanti Berbuah. Sudah Berbuah , Menanti Dipetik. Sudah Dipetik , Belum Tentu Menjadi Minyak. Perlu Dihantar Ke Kilang Untuk Diproses. Ia Akan Memakan Masa Yang Lama. Tetapi Duitnya Tetap Juga Kita Dapat."

Ustaz Tersenyum Sehingga Ternampak Jelas Kedutan Di Wajah Tuanya.

"Kamu Ni Dang, Kalau Buat Perumpamaan Pandai Jer, Tapi Kalau Ustaz Suruh Hafal Kitab Matan Aljurumiah, Tergagap-gagap kamu Nak Baca. Macam Tertelan Biji Sawit Tu Juga."

Ustaz Melibas Perutku Dengan Serbannya. Aku Terus Melompat Mengelak Dari Terkena Libasan Tersebut. Ustaz Mengejarku Hingga Ke Tangga Surau Dan Kami Terus Berlari Ke Dewan Makan. Cik Wa Dengan Muka Masam Memarahiku Kerana Lambat Sampai Dan Ustaz Menunjukkan Ibu Jarinya Ke Arahku.

Cc : AkhiSantaiKisah2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...