**15 Bila Imanku Berbicara Edisi Kolej [Ikhtilat]

Pagi Yang Penuh Barakah. Hujan Turun Renyai-II Di Luar Rumah. Seorang Gadis Sedang Melangut Sendirian Di Atas Sofa Di Balik Tingkap.

"Tina Menungkan Ape Tu ?" Bahu Tina Disentuh Lembut. Spontan Tina Berkalih Pandangan Ke Arah Suara Terbabit. Seorang Gadis Bertudung Biru Keputihan Mengukir Senyuman.

"Eh, Kak Zulfa. Baru Balik Ke ?" Tina Membalas Senyuman Kakaknya Itu.

"Haah. Tengok Ni." Sambil Menunjukkan Plastik Berisi Beberapa Ekor Ikan Hasil Tangkapannya Hari Ini.

"Wow ! Banyaknye. Akak Gune Umpan Ape?" Soal Tina Sambil Membelek-belek Plastik Tersebut.

Zulfa Menyentuh Hidungnya Sendiri Menggunakan Ibu Jarinya, Bereaksi Bangga. "Tengok Tangan Laa. Hahaha. Tibe-II Ujan, Tu Yang Balik. Kalau Tak Nak Mancing Lagi. Kak Mira Laa, Die Nak Balik Sangat."

"Hahaha. Okey-II. Elok La Tu. Kalau Tak, Kene Tunggu Akak Jer Laa. Nasib Baik Pemilik Kolam Tu Khusus Sehari Untuk Perempuan Yang Gile Memancing Macam Kak. Hurmm." Tina Kembali Merenung Tingkap. Nampaknya Hujan Di Luar Semakin Lebat.

"Tina Termenung Ape Tadi? Macam Serius Jer Kak Tengok. Akak Bagi Salam Takde Sape Nyaut. Haish." Zulfa Meletakkan Plastik Berisi Ikan Itu Di Atas Meja.

"Hurmm.." Tina Kembali Duduk Di Atas Sofa Berhampiran Tingkap.

"Kak... Minggu Depan Tina Ada Lensa. Buat Kerja Amal." Tina Bernada Perlahan.

Dengan Senyuman Yang Masih Terukir Zulfa Membalas, "Haa.. Bagus La Tu. Kenape, Tina Takde Duit Ke ? Alaa... Akak Kan Ade..."

Sebagai Kakak Memang Dia Selalu Mengambil Berat Masalah Adik Tunggalnya Itu. Siapa Lagi Yang Dia Nak Bantu Kalau Bukan Keluarga Sendiri.

"Bukan Kak. Tina Ade Jer Duit. Mak Selalu Bank In Kan Tiap-II Bulan. Tapi Ni Masalah Lain." Balas Tina Sambil Dagunya Diletakkan Pada Tangannya Bersilang.

"Habis Tu Apa Dia ? Straight To The Point La Dik. Akak Tak Faham Laa..." Zulfa Masih Berusaha.

"Lensa Tu Campur Lelaki Perempuan. Susah La Kak." Tina Melepaskan Satu Keluhan Berat.

"Ooo.. Ikhtilat La Ni ?" Zulfa Sudah Mula Memahami Kegelisahan Yang Menyelubungi Hati Adiknya Itu.

"Betul Tu Kak. Susah Kalau Nak Buat Program Campuran Jantina Ni. Kalau Masing-II Tak Reti Nak Jauh Dari Ikhtilat. Akak Tahukan Lelaki Tak Boleh Memandang Wanita Dan Wanita Tak Boleh Memandang Lelaki. Nanti Mesti Ada Yang Menghasut. Adik Takut Tersasar Jauh Kak." Tina Berwajah Hiba.

Zulfa Tersenyum. Dipegangnya Bahu Tina.

"Adik Tahu Tak... Sebenarnya Ikhtilat Tu Istilah Hukum Baru Dalam Islam Menurut Pandangan Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi. Dahulu Masyarakat Islam Lebih Mengetengahkan Istilah Liqa' Yakni Pertemuan, Muqabalah Yakni Perjumpaan, Dan Musyarakah Yakni Perkongsian Atau Kerjasama Lelaki Dan Perempuan.

Adik Hafizah Kan? Ingat Tak Allah Pernah Berfirman Dalam Al-Quran Surah At-Taubah Ayat 71;

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan;...."

Al-Quran Membuktikan Terdapat Gabungan Ideal Di Antara Pemuda Dan Pemudi, Soleh Dan Solehah, Muslimin Dan Muslimah, Mukminin Dan Mukminah, Qanitin Dan Qanitat Yang Memacu Agama Islam Dengan Dakwah Dan Tarbiyyah Kepada Masyarakat. Allah Redha Terhadap Mereka.

Cuma Ada Golongan Yang Terlalu Ekstremis Mengongkong Para Wanita Atau Cuba Mempengaruhi Kita Supaya Menganggap Islam Agama Yang Merampas Hak Seseorang Wanita."

"Yer Ke Kak ? Habis Macam Mane Pulak Dengan Isu Wanita Tidak Boleh Bersuara Dalam Islam. Alahh... Macam Suara Wanita Ni Auratlah Kak. Mereka Menggunakan Hujjah Surah Annisa' Ayat 32 Supaya Wanita Jangan Bercakap Dengan Lembut Manja ?" Tina Masih Kebingungan.

Zulfa Faham, Pemikiran Masyarakat Kini Soal Aspek Pergaulan Terlalu Cetek. Mereka Yang Terlalu Pro-Ikhtilat Menganggap Pergaulan Islamik Itu Adalah Pengharaman Bertemu Berlainan Jantina. Sehingga Ada Sesetengah Assatizah Yang Memanipulasi Minda Masyarakat Agar Buang Pergaulan Sosial Antara Lelaki Dan Wanita Dari Kehidupan.

Falsafah Ketimuran Lama Lebih Menguasai Minda Mereka. Sedangkan Falsafah Itu Adakalanya Jauh Menyimpang Dari Ajaran Islam Yang Sebenar. Ini Yang Mengakibatkan Ramai Para Wanita Hari Ini Yang Terikut-ikut Dengan Trend Barat Yang Dianggap Lebih Bebas.

"Tina... Suara Wanita Itu Bukan Aurat Sayang. Cuma Ada Sesetengah Pendapat Meletakkan Suara Sebagai Aurat Sedangkan Tiada Nas Dan Dalil Yang Mensahihkannya.

Terdapat Golongan Yang Cuba Mencemarkan Nama Baik Islam Dengan Meyuruh Para Wanita Mengunci Mulut-II Mereka Atas Alasan Ini Ajaran Islam. Mereka Menggunakan Ucapan-II Para Ulama Untuk Meneruskan Niat Jahat Mereka Sedangkan Para Ulama Tidak Meletakkan Hukum Pengharaman Dalam Berbicara Bagi Seorang Wanita.

Di Zaman Saidina Umar Al-Khattab Dahulu Ketika Umar Meletakkan Sempadan Mahar Perkahwinan. Bangkit Seorang Wanita Yang Mendengar Khutbah Umar Membidas Umar Menggunakan Dalil Quran. Tindakan Wanita Tersebut Tidak Dimarahi Umar Malah Umar Membalas "Wanita Itu Betul, Umar Salah. Ada Yang Lebih Fakeh Daripada Umar." Tengok Dik, Golongan Wanita Juga Dibenarkan Oleh Islam Untuk Bersuara.

Cuma Ulama Menetapkan Larangan Untuk Bersuara Dan Larangan Ini Bukan Merangkumi Kepada Wanita Semata-mata. Ia Juga Larangan Kepada Lelaki. Antaranya, Jangan Bercakap Sehingga Mampu Melahirkan Rasa Berahi Dan Syahwat.

Macam Akak Katakan Tadi, Ada Golongan Yang Terlalu Ekstrem Menggunakan Ayat Al-Quran Yang Di Copy Pasta Secara Sekerat-II Sehingga Membuatkan Masyarakat Tersalah Tafsir Terhadap Maksud Sebenar. Sedangkan Islam Mengajar Agar Bersikap Wassatiyyah Dalam Menetapkan Hukum. Baris Pertama Surah Annisa' Ayat 32 Itu Jelas Menunjukkan Larangan Itu Khusus Untuk Isteri-II Nabi.

Sesungguhnya Larangan Yang Dikenakan Ke Atas Isteri-II Nabi Itu Lebih Berat Berbanding Kita. Kalau Kita Lihat Terlalu Ramai Wanita Yang Semakin Hilang Kewanitaan Mereka Dengan Bercakap Kasar, Menempelak Manusia Lebih-II Lagi Golongan Lelaki Atas Hujjahan Ayat Tadi. Sedangkan Bila Kita Baca Baris Yang Terakhir Ayat 32 Surah Annisa', Allah Menyeru Agar Bercakap Baik, Sesuai Dan Sopan." Panjang Lebar Zulfa Memberi Keterangan Kepada Adiknya.

"So, Konklusinya Kak ?" Tina Seperti Tidak Sabar-II. Zulfa Menarik Nafas Dalam-II.

"So, Konklusinya.... Jangan Takut Melakukan Program Bersama Lelaki. Allah Menyuruh Kita Menjaga Maruah. Kalau Adik Kakak Ni Kene Kacau. Jangan Salahkan Agama. Ia Salah Lelaki Terbabit.

Macam Akak Katakan Tadi Dalam Surah At-Taubah Ayat 71 Membuktikan Gandingan Pemuda-Pemudi Islam Yang Ideal Mampu Membangkitkan Agama Islam Ini Kembali. Bersikaplah Wassatiyyah Yakni Bersederhana Dalam Sesuatu Keadaan. Adik Kena Jaga Maruah Adik Bila Berhadapan Dengan Situasi Liqa' Yakni Pertemuan Dengan Lelaki. Habis."

"Ermm.. Mane Akak tahu Semua Ni ? Ish Sorry Laa Banyak Tanye.. Hujan Pun Dah Berenti." Soal Tina Sambil Merenung Kearah Tingkap.

"No Hal Dik... Tu Tengok Atas Meja Tu." Balas Zulfa Sambil Jarinya Menunding Pada Sebuah Buku Berwarna Pink Kebiruan Di Atas Meja.

Tina Mendapatkan Buku Tersebut.

"Fatwa Untuk Wanita. Siri Pemikiran Dr.Yusuf Al-Qaradhawi."

"Haa... Tu Buku Terjemahan Dari Risalah Fatawa Al-Maraah Al-Muslimah. Buku Tu Diselitkan Dengan Soalan-II Wanita Hari Ini Yang Ingin Kepastian Mengenai Keadilan Islam Terhadap Wanita. Akak Beli Minggu Lepas. Kamu Tu Malas Bace. Tu Yang Tak Tahu Apa-II." Zulfa Mencebik.

"Ngeh Ngeh Ngeh. Aloo Jangan La Marah.. Orang Mane Nampak.. Kalau Nampak Dah Bace Dah. Huhuhu." Tina Membelek-belek Buku Terbabit.

"Tina ! Sambut !"

Buku Fatwa Wanita Terlucut Dari Tangan Tina. Dia Menyambut Beg Plastik Yang Dibaling Oleh Kakaknya Berisi Ikan.

"Kak Zulfa !!"

"Dah, Gi Masak." Zulfa Berpaling.

"Amek Ni." Beg Plastik Tadi Disua Ke Muka Zulfa. Hanyir Ikan Terkena Hidungnya.

Zulfa Menekup Hidungnya Lalu Berlari Mendapatkan Tina Yang Sudah Jauh Ke Dapur. Mereka Berkejar-kejaran Dengan Senduk Dan Kuali Di Tangan.

......................................................................................

Erk.... Penampilan Dang Ditangguhkan Dalam Siri Ni.... Jangan Pertikaikan Nama Karater.... Sebab Tkde Idea Nak Letak Nama Siapa.... 

Cc : AkhiSantai

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...