**14 Bila Imanku Berbicara [Aku Benci Mereka !]

"Aku Benci Mereka !" Rosman Membentak Secara Tiba-II. Penutup Botol 7up Masih Belum Dipulasnya.

Aku Hanya Memerhati Gelagatnya Sambil Mengunyah Twisties Yang Bertali-arus Ku Suapkan Ke Dalam Mulut.

"Dang, Kau Dengar Tak Ni ?" Rosman Menoleh Ke Arahku.

"Aku Dengar Man.. Apa Lagi Yang Tak Kena?" Aku Bernada Tenang Kerana Tidak Mahu Menambahkan Lagi Kemarahan Rosman Yang Memang Seorang Panas Baran.

"Huh ! Haritu Aku Join Dalam Satu Kumpulan Islamic Dalam Wechat.. Alah.. Yang Macam Dakwah Tu.." Rosman Memulakan Ceritanya.

"Habis, Apa Dah Jadi?"

"Macam Ni.. Aku Rase Kumpulan Tu Tak Macam Kumpulan Dakwah Dah. Awal-II Aku Masuk Dalam Tu Semua Okey Jer. Kemudian Semenjak Seorang Ahli Baru Yang Masuk Dalam Tu, Semua Jadi Celaru.

Peribadi Dan Tingkah Laku Dia Dah Tak Macam Seorang Da'ie. Selalu Main-II Dan Jaranglah Kalau Nak Tengok Dia Serius. Mula-II Dia Masuk Aku Rase Macam Baiklah. Tapi Lama-II Hush ! Dah Mula Naik Tocanglah.

Kemudian Masuk Sorang Lagi. Perangai Diorang Same Jer. Haish ! Lagi Berserabut Aku Dibuatnya. Aku Pun Apa Lagi, Bila Dah Naik Angin Mula La Face To Face Dengan Diorang. Aku Ganyang Diorang Dengan Keupayaan Psychology Yang Aku Ada. Hahaha. Tapi Diorang Tak Pernah Insaf. Semua Program Yang Aku Dan Admin Lain Dah Rancang Rase Macam Taknak Jemput Diorang Jer.

Haish ! Aku Rimaslah Dengan Diorang !"

Rosman Mengakhiri Ceritanya.

Aku Merenung Rosman Sambil Berdehem Dua Tiga Kali. Kemudian, Menarik Nafas Dalam-II.

"Rosman... Satu Kesalahan Seorang Da'ie Adalah Apabila Dia Tidak Nampak Peluang Yang Ada Di Depan Matanya. Seorang Da'ie Perlu Fahami Situasi Sesuatu Keadaan Yang Sedang Dihadapinya Secara Berhikmah.

Ber-chatting Di Media Tidak Sama Bila Kita Bertemu Secara Realiti. Berapa Ramai Manusia Yang Life Mereka Hanya Di Media Sosial Semata-mata Sedangkan Realiti Kehidupannya Seorang Yang Pendiam, Tak Reti Bergaul, Dan Hanya Tahu Tunduk Saja.

Mentaliti Para Da'ie Muda Kita Kini Hanya Tahu Menubuhkan Sebuah Kumpulan Tanpa Ingin Mengambil Kira Bahawa Dalam Ahli Kumpulan Itu Juga Perlu Di-tarbiyyah. Kita Selalu Menyangka "Aku Ada Kumpulan, Aku Dah Kuat. Jom Kita Berdakwah." Sedangkan Penyatuan Naluri Dan Hati Setiap Ahli Masih Lemah.

Kadang-II Kita Pelik, Kenapa Program Yang Kita Rancang Tidak Mendapat Sambutan Ahli. Jawapan Mudah. Syok Sendiri. Seeloknya Rosman, Bila Kita Dah Adakan Sesuatu Alternatif, Tanya Pandangan Ahli. Walaupun Mungkin Ada Respon Yang Negatif. Secara Tak Langsung Kita Dapat Mendalami Sesuatu Yang Baru Dan Fresh Ideas Dari Ahli-II Kita.

Psycho Sentap Ni Adakalanya Bagus. Tapi Kebanyakkan Manusia Melakukan Psycho Berdasarkan Amarah Yang Dipendam Saja. Laisa Min Hal [Tak Kena Pada Tempat]. Itu Bukan Caranya Nak Menjernihkan Keadaan Malah Ia Mengeruhkan Lagi.

Kau Kena Ingat Man. Bagaimana Kita Nak Selesaikan Masalah Di Luar Jamaah Kalau Masalah Dalaman Pun Masih Belum Kita Mampu. Sebagai Orang Yang Berpengaruh Dalam Group Kau Tu, Berfikir Lebih Intelek. Kita Pembimbing Bukan Pendesak. Mungkin Dulu Mereka Nak Berubah, Kemudian Kita Mengeruhkan lagi Keadaan Dengan Makian Kita.

Dakwah Itu Bersemuka. Kau Masih Takkan Kenal Hati Budi Seseorang Kalau Hanya Face To Face Dalam Media Sosial. Mak Janda Pun Pernah Ditipu Mamat-II Pakistan Dalam Facebook. Mungkin Di Wechat Saja Mereka Aktif, Di Luar Siapa Yang Tahu."

Aku Menepuk Bahu Rosman Yang Kelihatan Terkedu Mendengar Hujjahku Tadi. Rosman Memandangku Dengan Wajah Keinsafan.

"Terima Kasih Dang." Rosman Tersenyum.

"Sama-Sama." Sambil Mulutku Meneguk Air 7up Di Dalam Botol.

"Jap Tu Bukan Air Aku Ke !?"

"Erk.. Ehehehe."

Rosman Cuba Merampas Botol 7up Dari Tanganku Tetapi Dengan Pantas Aku Flip-Jump Ke Belakang.

"Bak La Balik !" Rosman Menyinga.

"Okey-II Nah Nah." Aku Menyerahkan Semula Airnya. Man... Man... Terkesan Ke Tak Dengan Teguran Aku Tadi. Aku Mengeleng-gelengkan Kepala.

- Abang Pedang 

Cc : AkhiSantai

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...