**13 Bila Imanku Berbicara Klasik 60an 8

Sedutan Klasik60an7 Imbasan 1950...........

"Balai Pulis Bukit Kepong.... Diserang Komunis......"

Sambungan............

"Apa !?" Pak Kiai Tergamam. Aku Lihat Tangannya Terketar-ketar Akibat Marah.

"Betul Pak Kiai, Komunis Menyerang Lebih Kurang Pukul 4 Pagi Semalam. Mereka Bertempur Sehingga Subuh. 25 Orang Maut Ditembak Kemudian Balai Dibakar. Hanya Segelintir Yang Terselamat. Sarjan Jamil Dan Anak-II Buahnya Berjuang Habis-habisan. Bantuan Luar Diserang Hendap Sehingga Menyekat Mereka Untuk Pergi Membantu."

Aku Menerangkan Dengan Panjang Lebar. Pak Kiai Hanya Berdiri Kaku Sambil Menyandarkan Bahunya Pada Pintu.

"Bagaimana Dengan Keluarga Abu ?" Pak Kiai Memandangku Dengan Penuh Harapan Ketika Menyoalkan Tentang Keluarga Sahabatnya Itu.

"Err... Abu Mohd Ali ?"

"Ya ! Dialah !" Pak Kiai Hilang Sabar. Ku Lihat Hasnah Memeluk Mak Iteng Yang Sedang Menangis.

"Ouh, Errr... Dia... Mati... Ermm... Istrinya Juga Mati Ditembak Ketika Sedang Menyusukan Anak Mereka... Ketiga-tiganya.... Mati Di Situ... Jenazah Sudah Dikebumikan.."

Daam ! Dinding Di Tumbuk.

"Aku Pasti Akan Menuntut Bela." Kata Pak Kiai Sedikit Menjerit.

"Sepoi, Dah Nak Maghrib Ni, Kau Solat Sini Sajalah Ya." Mak Iteng Mempelawaku. Aku Hanya Sekadar Mengangguk.

Seusai Solat Maghrib, Pak Kiai Berdoa Panjang. Malam Itu Begitu Sayu Baginya.

Satu Suara Yang Agak Berbisik Menerpa Ke Gegendang Telingaku Dari Arah Belakang.. "Psstt.. Bila Pak Kiai Nak Abis ? Aku Penat Ni." Heee, Si Mulut Murai Ni Lagi.

"Shh.. Diamlah, Kang Mengamuk Orang Tua Ni."

"Alaa, Aku Lenguh Ni.."

"Kau Ni Bisinglah, Aku Panggil Kau Murai Karang."

"Eh Mane Kau Tahu Mak Iteng Selalu Panggil Aku Murai ?"

Aku Menepuk Dahi Seraya Mengisyaratkan Jari Telunjukku Di Bibir. Tiba-II Pak Kiai Bangun Dan Berpaling Ke Arah Kami Berdua. Mak Iteng Sedari Tadi Khusyuk Meng-aminkan Doa, Padahal Pak Kiai Sudah Selesai Berdoa. Kami Menelan Air Liur Serentak, Takut Kalau-II Disuapkan Penampar Ke Muka Kami.

"Apa Yang Kau Aminkan Lagi Tu Iteng ?" Pak Kiai Menyoal Mak Iteng. Fuuu... Aku Dan Hasnah Berasa Lega.

"Ish ! Abang Ni.. Bukan Nak Bagitahu Doa Dah Habis.. Buat Malu Jerr.." Mak Iteng Mencebik. Suara Ketawa Bergema Di Dalam Rumah. Hasnah Ku Lihat Merah Padam Mukanya Kerana Terlalu Banyak Ketawa.

Mak Iteng Memandang Kami Sambil Tersenyum; "Terlalu Banyak Ketawa, Boleh Mematikan Hati Tahu ?"

Seraya Itu, Ketawa Kami Mengendur. "Tahu.." Kami Menjawab Sambil Tertunduk.

"Hah, Kalian Ni Bila Mahu Berlatih ?"

"Hari Ni Ada Latihan Ke Pak Kiai ?" Aku Bertanya Ragu-II. Kalau Ikut Badan Sudah Malas, Tapi Nahaslah Aku Kalau Tak Ikut Cakap Pak Kiai.

"Yeay !" Hasnah Girang. Memang Dia Seorang Saja Yang Berminat Agaknya. Aku Mencebik Melihat Reaksi Murai.

Semenjak Hari Itu, Aku Dan Hasnah Atau Murai Semakin Rapat.Hasnah Telahku Anggap Seperti Adikku Sendiri Walaupun Umur Kami Sebaya. Ini Kerana Sifat Keanak-anakannya Itu Yang Membuatkan Aku Terpaksa Mengawasinya. Walaupun Begitu, Hasnah Masih Lagi Tahu Menjaga Adab Tertibnya.

"Saiful, Aku Nak Panggil Kau Pedanglah, Sebab Akukan Samurai Mesti Ada Pedang."

"Ish ! Taknak Lah. Buat Apa Aku Jadi Pedang Kau."

"Alaa, Bolehlah. Kau Boleh Pula Panggil Aku Murai."

"Tak Mahu ! Kau Memang Murai."

"Hurmm.."

Pernah Suatu Ketika Dia Cuba Mengenakan Baju Kebaya, Lantas Mempamerkan Kepadaku Dan Pak Kiai. Kami Ketawa Terbahak-bahak Kerana Belum Pernah Lagi Melihat Dia Berkeadaan Begitu. Mak Itenglah Yang Membelanya Ketika Itu.

Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !

Laungan Kemerdekaan Bergema Di Seluruh Stadium Merdeka. Keluargaku Dan Keluarga Pak Kiai Turut Hadir. Aku Berdiri Di Sebelah Hasnah Dan Kami Bersama-sama Mengikut Rentak Laungan Kemerdekaan Negara Yang Diketuai Oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman. Laungan Kemerdekaan Itu Di Sulami Dengan Tangisan Gembira Rakyat Malaysia Terutamanya Orang-II Melayu.

Suatu Hari.......

"Saiful, Err.. Minggu Depan Kami Sekeluarga Pindah..." Satu Hentakan Kuat Mengenai Paru-IIku, Nafasku Turun Naik Tidak Menentu.

"Ouh.." Aku Berlagak Tenang.

"Kau Tak Mahu Kata Apa-II ?"

"Untuk Apa ? Kau Kan Kawan Baik Aku, Sudah Banyak Nasihat Aku Turunkan." Aku Mempamerkan Senyuman Yang Dibuat-buat.

"Aku Balik Dulu Yer, Saiful." Ku Dengar Hasnah Melangkah Lesu. Serta-merta Air Jernih Mengalir Keluar Dari Mataku. Mungkin Gajah Masuk Mata.

Aku Melangkah Lesu Masuk Ke Dalam Rumah. Pelakuanku Diperhatikan Oleh Bapa.

"Mesti Hasnah Dah Bagitahukan ?"

"Hurmm.." Aku Menjawab Acuh Tak Acuh.

"Bersabarlah Yer, Mungkin Nanti Mereka Datang Melawat."

"Hurmm." Aku Melangkah Lesu Masuk Ke Kamar.

Seminggu Kemudian....

"Pak Kiai Berhati-hatilah Yer Di Tempat Baru.." Bapaku Berjabat Tangan Dengan Pak Kiai.

"Tak Usah Risau, Tahulah Kami Nanti." Pak Kiai Tersenyum.

"Nanti Datanglah Melawat." Kata Ibuku.

"In Sya Allah. Ada Umur Panjang Kami Kemari." Balas Mak Iteng.

Hasnah Memandangku Dari Balik Cermin Kereta Volkswagen Beetle Hitam Pak Kiai. Aku Tersenyum. Senyuman Itu Ku Buat-II Walaupun Hampir Menurun Agar Hasnah Tenang. Hasnah Berpaling Tanpa Membalas Senyumanku.

"Kami Pergi Dulu. Assalamu'alaikum."

Pak Kiai Memandangku Sambil Tersenyum. Aku Membalas Senyumannya Dengan Lambaian Perpisahan. 'Selamat Tinggal Hasnah, Semoga Berjumpa Lagi. Kau Sahabatku Selamanya' Getus Hati Kecilku. Kelibat Kereta Pak Kiai Semakin Pudar Dan Beransur-ansur Hilang Dari Pandanganku. Cecair Basah Mulai Turun Dengan Lebatnya Melalui Rongga Mataku.

Ping ! Ping !

Aku Tersentak. Sebuah Kereta Berhenti Betul-II Di Sebelahku. Keluar Seorang Lelaki Dari Dalamnya.

"Assalamu'alaikum.." Lelaki Itu Menyapa Ramah Bapaku.

"Wa'alaikumussalam.." Bapaku Membalas Salamnya.

"Saya Jaafar, Kami Orang Baru Di Sini. Dalam Tu Orang Rumah Saya, Rohayu." Lelaki Yang Mengenalkan Diri Sebagai Jaafar Tadi Menunding Ke Arah Perempuan Di Dalam Keretanya. Tiba-II Keluar Seorang Remaja Lelaki Yang Mungkin Seusia Denganku Dari Bangku Belakang Kereta. Dia Menghampiriku;

"Assamu'alaikum, Nama Aku Rosman. Nama Kau Siapa ?"

"Wa'alaikumussalam, Namaku Saiful."

'Saiful, Aku Nak Panggil Kau Pedanglah, Sebab Akukan Samurai Mesti Ada Pedang.' Satu Suara Menerpa Di Dalam Ingatanku.

"Kau Boleh Panggil Aku Dang."

"Kenapa ?" Rosman Keliru.

"Sempena Perkataan Pedang.. Hehe.. Nanti Aku Ceritakan.. Selamat Datang Ke Tempat Baru.." Aku Tersenyum. Patah Tumbuh, Hilang Berganti.

Dua Hari Kemudian....

Kringggg !

Loceng Dah Berbunyi Menandakan Waktu Rehat Telah Pun Tamat.

"Bangun..." Ketua Kelas Memberi Arahan.

"Selamat Pagi Cikgu."

"Selamat Pagi Cikgu !" Kami Berkata Serentak.

"Selamat Pagi Murid-II, Hari Ni Kita Ada Pelajar Baru. Rubi.. Masuk.."

Seorang Pelajar Perempuan Masuk Ke Kelas.

"Perkenalkan Diri Kamu." Arah Cikgu.

"Nama Saya Rubiah Mansor. Baru Berpindah Kemarin. Selamat Berkenalan." Dia Tersenyum. Hatiku Mula Terpaut.

"Bah !"

"Opocot Mak Kau Meletup !" Tak Semena-mena Aku Melatah. Semua Murid Di Dalam Kelas Memandangku, Termasuk Rubiah Tadi.

Ku Pandang Rosman Sambil Mencebik.

Cc : AkhiSantai

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...