**12 Bila Imanku Berbicara Klasik 60an 7

Malam... Bulan Mengambang Penuh Manakala Bayu Meniup Sepoi-II Bahasa Bergulir Dingin Ke Segenap Urat Sarafku. Berjaga Sambil Memandang Langit Dalam Keadaan Terlentang Memang Membuatkan Hatiku Tenang Walaupun Beberapa Kali Bersilat Menampar Nyamuk.

'Nih Sahabat Kita Ni, Hasnah, Dia Mencadangkan......Usrah Gitu.....' Terngiang-ngiang Suara Rubiah Di Telingaku, Gadis Ayu Itu Sentiasa Hadir Di Benak Mindaku Menemani Dikala Gembira Mahupun Sunyi. Hasnah, Hurmm.. Namanya Mengingatkanku Dengan Sahabatku Dahulu. Dia Lasak, Licik, Berani, Dan Yang Pasti Dia Seorang Perempuan.

.................10 Tahun Yang Lalu (1950).................

"Pak Kiai Pak Kiai !" Memang Sudah Menjadi Rutin Harianku Untuk Ke Rumah Guru Silatku Ini.

Pak Kiai Menjengok Melalui Jendela Rumahnya; "Sepoi ! Masuk Lekas !" Dia Sedikit Menjerit Membuatkanku Cepat-II Naik Sampai Terlupa Membasuh Kaki.

"Hish Kau Ni Sepoi, Dah Tahu Zaman Tengah Darurat Ni Boleh Pula Berjalan Sorang-II. Kalau Diculik Komunis Baru Kau Tahu." Pak Kiai Membebel Sambil Membelek-belek Pedangnya.

Selalunya Guru Silat Menggunakan Keris Sebagai Senjata Seperti Kebiasaan Adat Orang Melayu, Tapi Berbeza Dengan Pak Kiai, Beliau Lebih Tertarik Menggunakan Pedang Seperti Orang Jepun. Katanya Sewaktu Penjajahan Jepun Dahulu, Beliau Mengalahkan Hampir 100 Askar Jepun Setelah Menggunakan Pedang Yang Dicurinya Dari Pangkalan Tentera Jepun. Semenjak Itu Beliau Lebih Banyak Mencampuradukkan Seni Pertahanan Diri Jepun Dan Pencak Silat Orang Melayu.

"Takpa La Bang, Sekurang-kurangnya Dapatlah Dia Berkawan Dengan Hasnah." Mak Iteng Membelaku.

"Hasnah ? Siapa Dia ?" Soalku Kerana Tidak Pernah Dengar Nama Itu. Dari Segi Makna Sudah Tentu Empunya Diri Seorang Yang Baik, Lemah-lembut, Bahkan Jelita.

Prapp ! Tamm ! Sesuatu Melompat Dari Arah Dapur.

"Hah ! Aku Lah Hasnah ! Bhahahaha !"

Aku Tersentak, Ku Lihat Hasnah Dari Atas Ke Bawah Berulang Kali. Rambutnya Sedikit Panjang, Berdiri Gagah, Lagaknya Seperti Lelaki, Tetapi Wajahnya Comel Pula. Huu, Aku Mengucap Panjang, Takkanlah Aku Nak Jatuh Hati Pada Lelaki.

"Err.. Laki Mana Ni Pak Kiai ? Anak Saudarakah ?" Terbit Sedikit Perasaan Iri Hati Kerana Selama Ini Akulah Murid Kesayangan Pak Kiai.

Hyep ! Sapp ! Papp !

Satu Hayunan Tumit Hampir Melekat Di Kepalaku Tetapi Berjaya Ku Tepis, Kalau Tidak Bersembur Darah Keluar Dari Hidungku. Tumitnya Masih Lagi Melekat Di Lenganku;

"Aku Bukan Jantan, Aku Perempuan." Nadanya Seakan-akan Berbisik, Kemudian Kakinya Diturunkan. Tanganku Kebas Akibat Hentakan Tadi. Marah ! Tetapi Keliru, Dia Yang Ku Ingat Lelaki Tadi Rupanya Seorang Perempuan. Aku Terus Bangkit Dan Dia Sudah Bersiaga Dengan Kekudanya.

"Ehem Ehem !" Pak Kiai Memberi Amaran, Di Tangannya Ada Daun Nipah Kering Yang Telah Digulung Bersama Tembakau.

"Bila Masa Aku Cakap Kau Jantan !? Aku Cakap Lelaki Jer."

"Ahh ! Aku Tak Peduli Semua Tu. Asalkan Sejenis Juga Kan.." Hasnah Masih Lagi Mempertahankan Diri.

"Yalah-2, Aku Saiful. Selamat Berkenalan." Mengalah Lebih Baik Bagiku Daripada Terus Berbalah Dengan Manusia Yang Keras Kepala.

"Siapa Nak Berkenalan Dengan Kau." Dia Menjelir Lidahnya.

Satu Tamparan Hebat Tepat Mengenai Hatiku.

"Erghhhhhh ! Sudahlah ! Aku Pun Tak Hingin Pada Yang Tak Sudi !"

"Eh, Hehe.. Aku Main-II Jer.. Sudikah Kau Menjadi Rakanku ? Aku Lasak Walaupun Bertubuh Wanita."

"Berapa Umur Kau ?" Ku Ajukan Soalan Tanpa Menjawab Pertanyaannya.

"8 Tahun.."

"Ouh, Kita Sebaya."

"Jadi Kau Sudi Berkawan Denganku ?"

"Terpulang, Itu Pun Kalau Kau Suka." Aku Menjawab Acuh Tak Acuh.

"Yeay ! Aku Sudi... Lagi-II Aku Tiada Kawan Disini. Ermm... Panggil Aku Samurai.. Hua Hua Hua..." Kurang Sopan Betul Dia Ni.

"Kau Tahu Kenapa ? Sebab Aku Nak Jadi Macam Pak Kiai Yang Minat Dengan Satria Jepun Ni." Tanpa Disoal Hasnah Terus Menjawab. Aku Hanya Mampu Tersenyum Meng-Iyakan Saja Kata-IInya.

"Sepoi, Apa Sebenarnya Niat Kamu Kemari ?" Perbualan Kami Disampuk Oleh Mak Iteng.

"Ouh ! Aku Hampir Terlupa. Pak Kiai...." Aku Tercari-cari Pak Kiai.

Pak Kiai Muncul Dari Branda Rumah. "Ha .. Kenapa ?"

"Balai Pulis Bukit Kepong.... Diserang Komunis...." Teragak-agak Aku Mengucapkanya.

"Apa !?"

Bersambung...........................

Cc : AkhiSantai

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...