**11 Bila Imanku Berbicara Klasik 60an 6

"....Usrah..."

Aku Terpana Mendengar Perkataan Itu. Seingat Aku Sebentar Tadi Rubiah Dan Dua Sahabatnya Bertemu Denganku Dan Dia Mula Bercakap-cakap. Kemudian Hadir Suatu Aura Halus Dibenakku, Masa Seakan-akan Terhenti, Ku Renung Rubiah Di Hadapanku Dengan Mata Yang Berkaca-kaca, Keluar Nur Merah Mengelilingi Rubiah, Ya, Hanya Rubiah Yang Dapat Ku Lihat Ketika Itu. Dia Berentak 'Slow Motion' Tanpa Suara Yang Keluar Walaupun Mulutnya Mengomel Sesuatu. Rama-II Berterbangan Di Sekelilingnya, Bunga-bungan Muncul Bertebaran. Suara Alam Berubah Menjadi Simfoni Yang Indah Dan Tiba-II....

"Dang ? Dang ? Kau Dengar Tak Apa Yang Rubiah Katakan Ni ?"

"Hah ? Aku Terima Nikahnya.. Sah ? Eh ? Tak Tak Tak" Aku Gugup, Aduh ! Apa Ini. Astaghfirullahal'azim, Benarlah Kata Orang Syaitan Akan Menghasut Jika Kita Terlalu Melayan Nafsu. Allahummaghfirli Zanban.

Mulut Rohana Telopong Dan Mereka Terkidum-kidum. Hari Ini Hanya Hasnah Saja Yang Ku Lihat Berselubung Manakala Rubiah Dan Rohana Hanya Berpakaian Sopan Menutup Aurat Tanpa Niqab.

"Dang Tak Dengar Yaa Apa Yang Rubi Katakan. Haha." Rubiah Masih Bernada Senda.

"Ish ! Takdelah Dang Dengar, Err.. Apa Tadi ?" Aku Cuba Berdalih, Wajahku Kehangatan Akibat Menahan Malu.

"Nih Sahabat Kita Ni, Hasnah, Dia Mencadangkan Agar Dibentuk Satu Kumpulan Pemuda-pemudi Islam Yang Bersemangat Di Kampung Kita Ni. Seperti Usrah Gitu."

Aku Memperbetulkan Serbanku Yang Senget. Ku Pandang Rubiah Sekilas Agar Tidak Menjadi Khayalan Lagi Lalu Ku Berpaling Kepada Rosman Yang Sedari Tadi Berdiri Di Sebelahku. Dia Cuma Buat-II Bodoh Seperti Tidak Mempedulikan Apa Yang Berlaku. Mungkin Hanya Berlagak 'Macho' Di Hadapan Rohana Sampai Tak Perasan Yang Aku Mengelamun Tadi.

"Heh Man, Kau Dengar Tak Apa Yang Rubiah Katakan ?" Aku Mencuit Hidung Rosman.

"Yah Dengar, Err.. Apa Ya, Cuba Kau Ulang ?" Rosman Memperbetulkan Rida'nya -Sejenis Kain Yang Diletakkan Di Bahu.

"Hasnah Mencadangkan Usrah."

"Usrah Tu Apa ?" Rosman Kebingungan.

"Keluarga." Ringkas Jawapanku.

"Hah !? Keluarga !? Bukankah Kalian Terlalu Muda, Lebih-II Kau Kan Suka Dengan Rubiah Dang ?" Rosman Terkejut Beruk Lalu Memanjat Pokok Kelapa Dan Terjun Semula. Aku Tempeleng Kepala Rosman 360 Darjah Berpusing. Macam Gasing Daa.. Gadis-II Di Hadapanku Tertawa Kerana Geli Hati Mendengar Ucapan Rosman.

"Bukan Keluarga Tu. Dia Cadangkan Agar Ditubuhkan Kumpulan Terdiri Dari Pemuda-pemudi Islam Yang Ikhlas. Bermula Dari Usrahlah, Yakni Perbincangan Dalam Kumpulan. Paham ?" Mukaku Menjadi Semakin Merah Antara Marah Dan Malu, Perutku Memulas, Pundi Kencing Ku Tidak Tertahan. Haish ! Rosman Rosman.

"Oooo... Baik, Aku Faham Sekarang... Ngeh Ngeh Ngeh... Maaflah Dang, Aku Tak Sengaja... Takpe Aku Setuju, Sebab Memang Dah Banyak Perilaku Buruk Anak-II Muda Kita Di Kampung Ni. Huh ! Perlu Ditanggani Dengan Segera."

Rosman Berbicara Persis Seorang Ahli Politik, Penuh Dengan Makna Tersirat, Sedangkan Jelas Matanya Mengerling Ke Arah Rohana.

Allahu Akbar !
Allahu Akbar !

"Kami Minta Diri Dulu Yer Dang, Dah Azan Dah. Nanti Kita Sambung." Pinta Rubiah. Aku Cuma Meng-Iyakan Dengan Senyuman.

"Assalamu'alamu'alaikum."

"Wa'alaikumussalam." Selepas Salamnya Ku Sahut, Mereka Bertiga Masuk Ke Dalam Masjid.

"Dang Kau Nampak Tak Rohana Senyum Kat Aku Tadi ? Huuu, Melting Melting."

Aku Merampas Rida' Di Bahu Rosman, Laluku Libas Ke Betisnya.

"Dang Maaf Dang. Azan Azan."

Rosman Memanjat Semula Ke Atas Pokok Untuk Mengelak Libasanku.

...................................................................................

*Terkidum-kidum = Tersipu-sipu.
*Rida' = Sejenis Kain Atau Serban Yang Diletakkan Di Bahu.

Cc : AkhiSantai

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...